Parasit Pas Rela Ulama Di Aibkan-Parasit Ini Badan Saja Di Dalam PAS Tapi HatiNya Pada Liberal

Sikap berdiam diri golongan parasit di dalam Pas berhubung komitmen barisan kepimpinan parti itu khususnya Dewan Ulama untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ditentang oleh sekutu mereka, DAP, hanya menunjukkan mereka lebih rela kepimpinan ulama diaibkan.Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kumpulan parasit di dalam Pas pada masa ini lebih selesa menyentuh isu hak asasi, pilihan raya bersih, mengambil pendekatan yang begitu liberal terhadap isu murtad serta keghairahan menuju ke Putrajaya.
 
‘‘Amat malang bagi sebuah parti Islam yang mempunyai barisan kepimpinan yang semakin liberal dan tidak menunjukkan sokongan padu serta kesungguhan yang jitu untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam.‘‘Malah sanggup pula melihat pimpinan ulama mereka diaibkan,’’Hasan berkata sehingga kini belum ada riak-riak sokongan terhadap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang yang komited untuk melaksanakan hudud namun ditentang hebat oleh Karpal.Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini kelantangan suara-suara parasit hanya berkisar kepada usaha untuk menawan Putrajaya."Saya masih menunggu komen daripada parasit-parasit dalam barisan kepimpinan Pas tetapi kebiasaannya mereka hanya lantang menyuarakan pandangan dan pendapat terutama isu yang melibatkan rancangan besar seperti ke Putrajaya,"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana