MCA Yakin BN Rampas Kembali Selangor

KLANG: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, pada Ahad berkata parti itu yakin Barisan Nasional akan merampas kembali Selangor daripada pakatan pembangkang.
Katanya pengundi sewajarnya menilai sendiri prestasi wakil rakyat mereka sebelum membuang undi pada pilihan raya umum akan datang, kerana ada wakil rakyat sekarang yang tidak mampu menyelesaikan masalah mudah seperti jalan berlubang, parit tersumbat serta lampu jalan yang rosak.
"MCA faham apabila pengundi memilih wakil mereka...mereka lazimnya tergoda dengan orang yang bercakap banyak dan wakil rakyat pembangkang memang banyak bercakap.
"Tetapi mereka juga harus sedar bahawa mereka perlukan wakil rakyat yang dapat berkhidmat di kawasan mereka kerana kita sebuah negara membangun dan masih banyak lagi masalah tempatan seperti di sini, yang harus diselesaikan," katanya kepad pemberita ketika melawat Taman Chi Liung, di sini. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana