Masyarakat India berarak hantar memorandum kepada MB Selangor....

SHAH ALAM: Hampir 500 orang India berhimpun di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri hari ini untuk menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung apa yang disifatkan mereka sebagai janji kerajaan negeri yang tidak ditunaikan.

Disertai anggota Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mereka sebelum itu berarak ke bangunan tersebut dari Dataran Shah Alam mulai jam 11.30 pagi.Wakil kumpulan itu, K Vijiyakumar, berkata memorandum berkenaan dihantar kerana masyarakat India di negeri ini berasa tertipu selepas janji pilihan raya kerajaan pakatan pembangkang tidak ditunaikan walaupun sudah empat tahun memerintah.
"Kami semua ditipu malah ditindas membabitkan isu seperti penjualan tanah sekolah, peningkatan kadar sewa Projek Perumahan Rakyat, pemberian tanah kuil dan pemberian biasiswa pendidikan kepada masyarakat India," katanya kepada pemberita.Vijiyakumar, yang juga setiausaha NGO berkenaan, turut mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin dalam memberikan peluang dan platform kepada belia India di Selangor untuk tujuan pembangunan sosial dan ekonomi. - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana