Majlis Peguam...jangan nak perasan sudah jadi wakil rakyat...

Ramai yang mula bercakap dan mempersoalkan Majlis Peguam yang dilihat macam kata perpatah ' kadok naik junjung' merasa diri mereka terlalu istimewa semenjak dua menjak ini.Tak perlu nak berselindung lagi ...mereka sudah jadi macam ahli bersekutu pakatan pembangkang, habis semua perkara yang berkaitan dengan politik mereka masuk campur sehingga ramai beranggapan Majlis Peguam sudah menyimpang dari tujuan asal penubuhannya.Contoh jelas ialah sikapnya berat sebelahnya berhubung dengan perhimpunan Bersih.Majlis Peguam hanya fokus mencari kesalahan polis tetapi tidak mempedulikan langsung soal dalang yang bagi signal cetuskan rempuhan di Dataran Merdeka.Satu dunia melihat video bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi signal pada Azmin Ali sebelum tempuhan itu tetapi Majlis Peguam tidak ambil sebarang pendirian terhadap penyebab utama kekecohan pada perhimpunan 28 April itu.Seorang peguam yang rasional dapat melihat jelas punca kekecohan itu.Mereka bukan bodoh,bukan buta dan bukan pekak tetapi nawaitu sudah jelas terpancar.
Jadi apa lagi nak diharapkan pada badan seumpama ini.Jawabnya buang masa melayan mereka.
Maka tidak hairan kerajaan baru-baru ini, kerajaan mencadangkan mahu menubuhkan Akademi Undang-undang.

Cadangan itu dibantah keras oleh Majlis Peguam.Soalnya sekarang peduli apa pandangan puak macam ini.Mereka cuma merasa mereka ada hak dan orang lain tidak ada hak.Mungkin sakit mata melihat gelagat Majlis peguam Rabu, Menteri yang menjaga hal ehwal perundangan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan paling tegas.Nazri berkata Majlis Peguam tidak berhak langsung untuk menolak cadangan penubuhan Akademi Undang-undang kerana mereka bukan anggota Parlimen yang bercakap mewakili rakyat."Majlis Peguam tidak berhak mengatakan tidak dan terpulang kepada kami untuk mengatakan ya dan saya fikir kita perlu mempunyai sebuah akademi undang-undang supaya mereka yang tidak berpersatuan, yang mempunyai latar belakang undang-undang, dapat disatukan di bawah akademi undang-undang,"

"Majlis Peguam perasan. Mereka fikir seluruh rakyat setuju dengan mereka. Apa hak yang mereka ada untuk menolak (penubuhan Akademi Undang-Undang)? Mereka tidak ada kuasa untuk menghentikan kita (kerajaan) menubuhkan akademi," Nazri berkata Majlis Peguam mungkin berasa bahawa rakyat bersetuju dengan tindakan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana