Majlis Peguam sudah jadi parti politik: Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini berkata Majlis Peguam sudah menjadi sebuah parti politik kerana perhatiannya lebih kepada politik.Oleh itu, katanya, Majlis Peguam sepatutnya membiarkan pertubuhan lain mengambil alih bahagian profesional bagi mengelakkan kekeliruan."Saya fikir sebuah badan profesional perlu memberi perhatian lebih kepada profesion tetapi ia jelas bahawa Majlis Peguam sudah menjadi sebuah parti politik.
"Kemudian, kita ada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), arkitek semua jadi parti politik dan kemudian akan ada banyak kekeliruan," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.Dr Mahathir mengulas satu cadangan untuk membentuk sebuah pertubuhan baru bagi peguam untuk mewakili profesion, kebajikan dan kepentingan undang-undang mereka, memandangkan Majlis Peguam yang ada gagal mempertahankan dirinya sebagai sebuah badan profesional yang berintegriti.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul