Laporan The Economist Pukulan Buat Pembangkang....ANWAR Dengki oooooo

Semuanya sudah jelas – sudah terang lagi bersuluh. Cuma yang menjadi kekesalan majoriti rakyat adalah tindakan penganjur dan penyokong yang menjadikan perhimpunan tersebut untuk merosakkan imej negara dan pasukan keselamatan di negara ini.Sebagai sebuah majalah antarabangsa yang luas pengedaran serta memiliki kewibawaan serta integriti tersendiri, The Economist tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau agenda. Jauh sekali untuk menuduh penulisnya diupah untuk memberikan imej positif kepada kerajaan.

Apabila majalah tersebut menganggap penganjur tidak layak mendakwa mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutamakan aspek moral yang tinggi, ia memberikan satu pukulan kepada pihak penganjur yang sememangnya mengharapkan laporan positif dari media asing.
Laporan yang mengulas serangan penunjuk perasaan menterbalikkan kereta polis, memukul dan mencederakan anggota polis serta pengakuan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga bahawa perhimpunan itu bertukar buruk disebabkan tindakan biadab sesetengah peserta selain arahan Datuk Seri Anwar kepada peserta agar merempuh hadangan polis, adalah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh The Economist dan perlu dijawab oleh pihak penganjur sebelum menyalahkan pihak lain.

Dalam artikel tersebut, penulis turut menganggap kejadian pada 28 April lalu sebenarnya memberi banyak kelebihan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan pihak berkuasa yang menjadi mangsa apabila mereka diserang dan dipukul. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan penganjuran tersebut sebenarnya telah menghancurkan imej pembangkang apabila majoriti rakyat Malaysia menolak tindakan seumpama itu.

Di pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN), penganjuran Bersih 3.0 telah berjaya menyuntik kemenangan politik dan mengukuhkan lagi kredibiliti Datuk Seri Najib dalam usaha beliau untuk melakukan pelbagai transformasi sama ada yang sudah pun dilaksanakan mahu pun perubahan-perubahan lain untuk memastikan keperluan dan kepentingan rakyat didahulukan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana