ISU Perlembagaan: Fathul Bari pertikai Presiden Pas

Sebarang usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan akan memberi kesan negatif kepada negara.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya dipertahankan perlu dijadikan sebagai satu dasar, tujuan dan cabaran oleh masyarakat untuk lebih maju ke hadapan.Islam sebagai cara hidup itu satu pendapat yang sangat baik tetapi masalah akan timbul apabila ada usaha untuk meminda Perlembagaan."Walaupun ketika ini disebut Islam sebagai agama Persekutuan, masih ramai orang tidak beramal atau kurang mempraktikkan dan memahami Islam apatah lagi kalau perkataan itu ditanggalkan daripada Perlembagaan kelak,"Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas,

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan kepada Islam sebagai 'addin'iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih sebagai kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.Fathul Bari berkata, Pas tidak seharusnya menimbulkan isu-isu provokasi seperti itu yang sering kali dibangkitkan menjelang pilihan raya dalam usaha untuk meraih sokongan politik semata-mata."Saya kira sewajarnya apabila Islam itu dijadikan agama Persekutuan, kita harus bersyukur dan perlu berusaha untuk merealisasikannya bukan untuk menimbulkan isu-isu provokasi seperti ini.Saya tak pasti mengapa tiba-tiba nak dibangkitkan isu negara Islam kerana sebelum ini Pas melaung-laungkan mengenai negara kebajikan," katanya.Beliau berkata, Pas juga perlu menjelaskan tujuan dan matlamat sebenar tindakan mereka ingin meminda Perlembagaan negara serta membuktikan bahawa mereka adalah parti yang menjadikan Islam sebagai cara hidup.
"Kalau dilihat ketika perhimpunan Sabtu lepas, Unit Amal Pas sendiri yang rempuh sekatan polis dan timbulkan kekacauan, (sejauh) mana mereka membudayakan dan jadikan Islam sebagai cara hidup kalau begini jadinya?," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana