Isu Hudud: PAS terperangkap dalam PR......

PAS dilihat lebih selesa berdolak-dalik dan enggan mempertahankan perjuangan asas parti itu yang mahukan Hudud dilaksanakan di negara ini.Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang diminta mengulas pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam bersabit keutamaan memperjuangkan hukum itu menyifatkan PAS semakin terperangkap dalam Pakatan Rakyat."Sebabnya apabila Pas bergabung dengan DAP dan PKR, dia sebenarnya telah bersetuju untuk tidak membawa agenda orang-orang Islam melaksanakan syariah dalam konteks negara Islam.

"Jadi apabila Ustaz Hadi mengeluarkan kenyataan itu dan disifatkan seolah-olah atas nama Pakatan Rakyat, maknanya dia seperti telah melanggar perjanjian dari pihak pandangan DAP,"Hadi semalam menegaskan bahawa Hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan.Namun belum sempat gabungan itu berjaya mentadbir negara, rakannya DAP secara konsisten menolak cadangan tersebut sejak dari mula perkara tersebut disuarakan.Ini menguatkan lagi hujah konflik persefahaman yang wujud di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat apabila Presiden DAP, Karpal Singh menyifatkan Hadi sering berdolak-dalik dengan membuat kenyataan retorik tanpa sebarang justifikasi.

"Jadi PAS pun memang tidak boleh buat Hudud, belum menang PRU pun tidak boleh buat jadi selepas menang pun takkan PAS boleh buat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana