Ini Bukan Kerana Muzakarah… Sebagai Umat Islam Itu Bersaudara

 Kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di majlis perkahwinan anak sulong bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa di Club House,Bandar Bukit Mahkota,Bangi petang Ahad mencuri perhatian ramai.Beliau tiba jam 3.30 petang dan beredar setengah jam kemudian.Apapun kehadiran Muhyiddin pada majlis perkahwinan antara Nusaibah Nasharudin dengan pasangannya Mohd Nazri Hussain.itu tidak ada kena mengena dengan kehangatan isu cadangan muzakarah PAS-UMNO kebelakangan ini.Seorang pegawai Timbalan Perdana Menteri memberitahu keputusan untuk hadir sudah lama dibuat selepas menerima undangan berkenaan.
Muhyiddin ditemani Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang turut beramah mesra dengan hadirin yang teruja melihat kedatangan beliau.Menarik untuk dicatatkan,

lagu-lagu popular nyanyian penyanyi Indonesia Broery Marantika seperti "Biar bulan bicara" dipasang oleh pengacara majlis sepanjang Muhyiddin dan tetamu-tetamu VIP lain berada di situ.Selain Muhyiddin dan Abu Zahar Ujang, turut kelihatan adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz ,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin,bekas Naib Conselor UiTM Tan Sri Ibrahim Abu Shah, Pengarah Urusan Syabas Tan Sri Rozali Ismail, Presiden JATI Datuk Dr Hasan Ali.Namun ketika itu tidak terdapat pemimpin utama PAS dalam dewan yang dikhaskan untuk tetamu VIP sepanjang Muhyiddin berada di situ.
Ramai pemberita tertanya-tanya samada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir, ada yang kata Hadi Awang hadir awal sebab namanya berada dalam buku kedatangan yang disediakan.
Bagaimanapun, kemudian dimaklumkan Hadi Awang Presiden PAS tidak datang sebaliknya , Hadi Awang yang datang itu adalah Hadi Awang Kehcik, Ketua Pengarah PLKN.Sementara itu Nasharudin yang ditemui wartawan kemudian berkata UMNO dan PAS sebagai dua parti politik utama orangMelayu/Islam di Malaysia perlu segera duduk semeja berundingan isu-isu yang membabitkan kepentingan ummah.

Beliau yang dikenali dengan imej pro perpaduan itu berkata,muzakarah antara dua parti tersebut perlu disegerakan tanpa perlu ditangguh-tangguhkan lagi."Muzakarah ini sudah beberapa kali tertangguh, kini diperkatakan semua selepas Tok Guru Nik Aziz cakap, seperti semua tahu, saya menyokong usaha ke arah itu, dan berharap dilakukan segera,"kata Ahli Majlis Syura PAS Pusat..Ahli Parlimen PAS kawasan Bachok,Kelantan itu mengakui syarat-syarat yang diberikan oleh Murysidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat termasuk UMNO perlu menukar dasar perjuangan parti sebagai BERAT dan sukar diterima.Kata Nasharudin, pemimpin kedua-dua utama parti perlu berlapang dada bagi mencari jalan duduk semeja."Demi masa depan negara perlu politiking antara duaparti Melayu/Islam terbesar ini dikurangkan,"katanya.Nasharuddin pernah dihentam teruk oleh Nik Aziz satu ketika dulu kerana didakwa membawa idea kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS.Isu berkenaan dikatakan antara sebab beliau tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS kepada Mat Sabtu semasa Muktamar PAS yang lalu.

Comments

Kami mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah, hutang selesai. Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul..

Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.

Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR.... Yakin dan percayalah, anda tak rugi apa2 jika bg peluang kpd PR malah untung..



Jika adik2 semua tak yakin, buktikan video dibawah adalah tidak benar

http://www.youtube.com/watch?v=TtEnNzCwXCk&feature=player_embedded




Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Adik Sayang'
Unknown said…
Ha ha ha loyar buruk.....

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana