Ibrahim Ali Geli Hati Dengar Seruan Terbaru Nik Aziz...Rakyat Kelantan sendiri pun dah meluat

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menegaskan adalah sesuatu yang sangat kelakar dan mengelikan hati apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyeru rakyat negeri itu menderma untuk projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang menelan belanja RM1.8 bilion.
Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Mas menyifatkan seruan itu sebagai gimik politik yang terhebat pernah didengarinya menjelang pilihan raya umum.

"Seruan itu sangat kelakar...dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, kemudian projek pelabuhan dan Bandar Pantai Tujuh Tumpat dan pelabuhan barat Kuala Krai. Tapi mana semua projek itu?," tanya Ibrahim dalam satu kenyataan media, Selasa.Mengenai seruan terbaru Nik Aziz ini, beliau berkata, kalau hendak mengharapkan derma hendak siap lebuh raya yang dicadangkan itu, mungkin tunggu lagi 50 ke 100 tahun pun belum tentu boleh penuh dana.

Comments

safleyadmad said…
camana nak buat klau ilmu setakat pandai komen, mengumpat, mengkafir sesama mosleem, camana nak sembahyang hajat, mandi junub.
Nak arap 100% duit dari org mosleem lupakan lah.
Itu sbb org2 camnie lebih suka menyendiri n berhimpun kat masjid (kononnya mendekatkan diri dgn Allah; tanpa dorang sedar beribadat BUKAN SETAKAT DITIKAR SEMBAHYANG) sbb dorang x brani hadapi dunia yg penuh cabaran.


...tulah ummat melayu mosleem m'sia yg aku kenal.........

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana