Himpunan Jutaan Belia 2012 capai sasaran 2 juta

Lagu ' Stand By Me ' yang dinyanyikan beramai-ramai diakhir perasmian Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perang Sabtu bukan sahaja memancarkan kemeriahan program itu malah ikatan padu semangat 1Malaysia.Ramai sekali yang teruja melibat suasana masa itu dimana belia dan orangramai berbilang kaum menyanyi bersama lagu yang dipopularkan oleh Ben E King itu.Najib dalam ucapan penuh semangat merasmikan himpunan yang masuk tahun ke tiga itu mengumumkan laporan sejak himpuan itu bermula tiga hari lalu sudah mencapai sasaran dua juta orang hadir.Selari dengan tema himpunan tahun ini Perdana Menteri memberi jaminan Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini.
Serentak dengan itu beliau menyeru golongan belia agar menolak amalan demonstrasi jalanan kerana ia bukan sebahagian daripada amalan demokrasi dalam negara ini.Katanya demonstrasi jalanan itu 'demo-crazy bukan demokrasi.
 Perdana Menteri berkata himpunan hari ini berlangsung aman damai hinggakan polis yang berkawal semuanya relaks saja.Ini,katanya berbeza dengan suasana semasa demonstrasi jalanan yang berlaku kebelakangan ini.Katanya, beliau percaya belia Malaysia akan menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.
 "Kita mesti tahu bagaimana untuk memisahkan antara intan dan kaca dalam membuat keputusan yang boleh menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini.Kebanyakan menteri kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek selaku penganjur hadir sama di atas pentas perasmian.Turut sama Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Masor.Perdana Menteri juga mengulangi harapannya agar golongan belia terus memperthankan Putrajaya.
 Beliau berkata selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12 kali.Najib yang baru pulang dari luar negara petang Jumaat,telah merasmikan berbagai acara di himpunan itu sejak jam 3.30 petang sebelum menyempurnakan acara perasmian berkenaan.Ribuan belia dan orangramai bersesak sekitar pentas utama semasa acara berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana