HA HA HA.... Geram rugi masa Bersih 3.0...peniaga pacak gerai burger depan rumah Ambiga

Jangan ingat awak seorang saja boleh suka hati buat demo menyusah dan jejaskan periuk nasi orang lain.Sebagai tanda protes seorang peniaga burger yang terjejas pendapatan masa demo Bersih 3.0 pada 28 April lalu pacak gerai burger di depan rumah bos Bersih,Datuk s Ambiga di Bukit Damansara,Kuala Lumpur.Peniaga itu adalah salah seorang dari empat wakil peniaga sekitar kawasan terlibat demo Bersih yang menyertai protes selama hampir sejam di situ mulai jam 2 petang Khamis.

Protes itu dinaungi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) IKLHAS yang hendak menyampaikan memorendum kepada Ambiga bagi menuntut ganti rugi dan minta maaf darinya atas kerugian dialami oleh para peniaga kerana demo anjuranya.Mereka dapat bertemu dengan Ambiga yang kebetulan ada di rumah waktu itu.

Para peniaga mahu Bersih membayar ganti rugi yang dialami semasa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
Ambiga bagaimanapun mahu mereka membawa hal itu ke mahkamah.Katanya beliau hanya akan penuhi tuntutan mereka jika mahkamah memutuskan demikian.Wakil peniaga dan IKHLAS telah bersurai menjelang jam 3 petang tidak lama selepas bertemu Ambiga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana