Fatwa demonstrasi untuk sedarkan umat Islam - Fathul
Perhimpunan BERSIH 3.0 yang disertai pelbagai kaum 28 April lalu didakwa penganjurnya adalah sebuah perhimpunan aman namun bertukar ganas apabila para peserta tidak dapat dikawal.
Mereka bukan hanya melanggar undang-undang, bahkan merosakkan harta benda awam serta mencederakan pengamal media dan anggota polis yang bertugas.Justeru Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa demonstrasi yang membawa kerosakan seumpamanya adalah haram di sisi umat Islam.


Comments