Dr Abdul Aziz Bari Akhirnya Masuk PKR....Kita Akan Lihat Sejauh Mana Hebatnya

“Tokoh profesional” yang dimaksudkan oleh Kak Wan itu ialah Pengurus Kanan Am Jabatan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Koh King Kee, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, bekas Pengarang The Malaysian Insider, Praba Ganesan dan Dr Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Koh King Kee merupakan bekas tahanan ISA yang ditahan pada tahun 1974 kerana memperjuangkan “keadilan sosial”. Padanlah dia masuk PKR…
Orang yang mempunyai ideologi sosialis memang patut masuk PKR kerana di dalam BN, ideologi sosialis sememangnya ditolak. Contoh individu yang memperjuangkan sosialis ialah Hisyamuddin Rais yang menyalak macam orang gila macam orang tak ada agama…
Abdul Hadi pula ialah bekas pegawai TUDM yang dikatakan terbabit dalam skandal penjualan enjin pesawat F5E di kem TUDM Sungai Besi. Padanlah…Depan orang, takkanlah dia mahu mengaku bersalah menjual enjin pesawat milik TUDM itu. Macam Anwar juga, takkanlah dia mahu mengaku dirinya di dalam rakaman video skandal seks dengan China Doll itu pula, kan?Praba? Apa yang mengejutkan tentang Praba? Sudah terang-terang dia adalah bekas pengarang Malaysian Insider. Malaysian Insider itu pro kepada siapa? Standardlah kalau dia masuk PKR. Tiada yang mengejutkan…
Dan Aziz Bari? Tak payah ulaslah tentang Aziz Bari. Rasanya satu Malaysia kenal dan tahu latar belakang Aziz Bari yang dipecat dari UIAM. Semua orang tahu dia memihak kepada siapa dan semua orang tahu dia banyak salah dan buruk berbanding benar dan betulnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana