DAP: PAS tiada hak bercakap isu hudud bagi pihak Pakatan

Mereka seperti macam main tali tali lah caranya,Masing masing mahu menjaga periuk nasi mereka...Pakatan Rakyat apa sebenarnya ini....Janganlah buat keliru.Karpal Singh berkata sinis pada Hadi Dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah negara adalah kenyataan retorik tanpa sebarang justifikasi, kata Pengerusi DAP Karpal Singh.Karpal berkata presiden PAS itu juga selalu berdolak-dalik dalam membuat kenyataan mengenai hudud sedangkan beliau tidak berhak bercakap bagi pihak Pakatan.“Adalah dikesali, Hadi kebelakangan ini membuat kenyataan yang kemudian ditarik balik. Baru-baru ini, beliau berkata Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk menggantikan Islam sebagai agama rasmi dengan Addin, walaupun Perlembagaan secara khusus memasukkan Islam sebagai agama rasmi.“Kemudian beliau menyatakan tidak membuat cadangan sedemikian. Saya berharap Hadi berhenti daripada membuat kenyataan yang akan menjejaskan prospek pakatan untuk membentuk kerajaan dan memenangi lebih daripada lima negeri yang dimenangi pada pilihan raya lalu,”Karpal juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana