Benarkah PAS parti Islam...?


Kini isu mengenai pengguguran perkataan Islam pada Pas itu timbul lagi, apabila Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bersedia untuk membawa perkara tersebut dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.POK NIK 'panas telinga', apabila menyifatkan Pas kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.Harussani mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

Tetapi soalnya benarkah Pas sebuah parti Islam? Cubalah kaji fakta-fakta berikut:
l- Parti Islam sebenar tidak akan menyalahkan musuh apabila mereka mengalami kegagalan tetapi Pas apabila tewas dalam pilihan raya, mereka bukannya bermuhasabah, mencari kesilapan sendiri dan berusaha memperbaiki kelemahan tetapi akan menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan taktik kotor seperti membeli undi, mengguna pengundi hantu dan menipu, serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus.

l- Pas membiarkan pemimpin-pemimpin memaki-hamun lawan politiknya di atas pentas-pentas ceramah. Tindakan ini bertentangan dengan ajaran Islam kerana Rasulullah SAW pernah bersabda; Sifat seorang mukmin itu tidak menjadi tukang menghina, mengumpat dan mengeluarkan perkataan kesat dan kasar (terhadap sesama mukmin).

l- Sikap Pas lebih asabiah qaumiyyah kerana sanggup mempertahan dan membela anggotanya yang bersalah. Ini jelas apabila Pas sentiasa menyifatkan apa juga perkara yang berkaitan keburukan pemimpin parti itu atau sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP ia adalah konspirasi politik UMNO dan BN.

l- Pas menolak untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam. Tindakan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mahu semua umat Islam bersatu padu dan tidak berpecah-belah.
Bagi Pas, mereka lebih bersedia berpeluk dengan pemimpin-pemimpin DAP bagi memburu kuasa politik berbanding bersalaman dengan pemimpin UMNO demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana