ALAHAI...Wardina Saya tidak akan bertanding dalam PRU13

Pengacara, pelakon dan model Wardina Safiyyah berkata beliau tidak akan menjadi calon di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.Kenyataan itu sekaligus menolak khabar angin yang mengatakan beliau akan bertanding dan mewakili mana-mana parti politik termasuk Pakatan Rakyat (PR).Malah Wardina menegaskan, beliau tidak bercadang untuk bergiat aktif di dalam arena politik."Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini.

Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang," katanya.Wardina berkata beliau sebaliknya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga dan kerjaya di samping sibuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat tertinggi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana