43 Anggota Pas Kubang Buaya Sertai Umno

ALOR SETAR, 21 Mei (Bernama) — Seramai 43 anggota PAS Kubang Buaya dalam Bahagian Pokok Sena Isnin memohon menyertai Umno cawangan Kubang Buaya kerana kecewa dengan perjuangan PAS yang gagal menjaga kebajikan mereka.Mereka menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin dalam satu majlis ringkas bersempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Kampung Kubang Buaya.Wakil kumpulan itu, Abdul Rahim Yahya, 47, dari Kampung Balik Hutan, mukim Derga berkata keputusan mereka itu tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan dibuat dengan penuh kesedaran bagi kelangsungan kuasa orang Melayu.“PAS sekarang banyak berubah. Dulu pemimpinnya melaungkan perjuangan menegakkan Islam namun kejaguhan mereka rosak setelah bersekongkol dengan DAP yang nyata menolak Islam.
“Dalam hal ini pendirian Umno lebih jelas dan pemimpinnya ikhlas memartabatkan Islam selain kebajikan ahli dijaga,” katanya semasa ditemui selepas menyerahkan borang permohonan tersebut.
– BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana