1 Keluar 100 Masuk UMNO Penduduk di Nibong Tebal
NIBONG TEBAL: Seramai 100 penduduk terutama golongan muda di kawasan Kampung
Shetu, di sini menyertai UMNO selepas yakin hanya parti itu mampu menjamin masa
depan mereka.Ketua Penaja bagi cawangan Jawi C2 66, Elias Omar, berkata
sebahagian daripada mereka yang menyertai UMNO itu adalah ahli parti dan
penyokong tegar pembangkang di kawasan berkenaan. "Mereka ini terutama golongan muda kecewa dengan pembangkang kerana tidak
membawa perubahan kepada penduduk di sekitar kawasan Sungai Bakap terutama
Kampung Shetu ini.
"Malam ini seramai 60 orang menyerahkan borang keahlian manakala 40 yang
lain akan menyerahkannya kepada kami dalam tempoh terdekat," katanya selepas
menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau
Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, di sini, malam tadi.Elias berkata,
beliau yang turut menyertai UMNO semalam yakin parti itu mampu mengubah nasib
penduduk di kawasan berkenaan kerana banyak perubahan dibawa kepada mereka
walaupun kawasan itu diwakili wakil rakyat pembangkang."Sebagai contoh,
banyak rumah penduduk miskin di kawasan ini dibaiki UMNO dan pelbagai lagi
kemudahan yang dibawa sedangkan mereka bukan memerintah di sini,"
katanya.Sementara itu, Zainal Abidin berkata, parti itu menyambut baik
sokongan penduduk di kawasan untuk menyertai UMNO. "Dengan kemasukan 60 ahli
baru di sini, malam ini kita berjaya membuka satu cawangan baru iaitu Jawi C2 66
dan saya percaya dengan sokongan anda semua kita akan mampu memenangi semula
Sungai Bakap dan Parlimen Nibong Tebal," katanya. - BERNAMA
Comments