Umno mahu Pas tarik balik 'amanat Hadi'
KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Datuk Rosol Wahid mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengembalikan semula perpaduan umat Islam di negara ini dengan menarik balik amanat Haji Hadi yang dikeluarkan pada 1981.
Wakil rakyat Barisan Nasional bagi kawasan Ajil itu berkata, Abdul Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang, perlu turun ke semua kawasan yang masih lagi mengamalkan dua solat Jumaat dalam satu qariah dan memperbetulkan keadaan kerana semua itu dikatakan berpunca daripada amanat beliau di Banggol Peradong, di sini.“Bersetuju atau tidak, saya bagi pandangan dalam dewan ini kerana perpecahan itu bermula dari Pas, kita minta wakil Rhu Rendang pergi ke kawasan yang masih berlaku perpecahan dan tarik balik amanat itu.
“Kalau setuju kita minta keputusan Dewan,” katanya ketika Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh) membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.
Cadangan itu kemudiannya disokong Muhammad Ramli kerana menganggap perpecahan sudah sekian lama berlarutan berikutan sikap penyokong pembangkang enggan berimamkan dan gunakan khidmat jurunikah dilantik oleh kerajaan.

Comments