Tuduhan Nizar terhadap PM keterlaluan, bersifat hasutan: Zambry

Nizar ini namanya parti PAS tapi sikap macam DAP CINA KOMUNIS....Sesuka hatinya saja boleh mengatakan orang tanpa ada had dan batasnya.Apa nak jadinya melayu ini tapi berjiwa DAP inilah yang merosakan parti PAS...Apa sudah gila ker Nizar ini mengatakan kepada PM kita...

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan tuduhan ketua pembangkang negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kononnya Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pengawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan. Mohammad Nizar dalam ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan Isnin lalu, menggambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib Razak sudah meminta pemimpin tentera melakukan "sesuatu" sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.Beliau mengulas dakwaan Mohammad Nizar bahawa Najib sudah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai kanan angkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam ceramah itu, Mohammad Nizar turut mendakwa pemimpin dan pegawai kanan tentera itu enggan berbuat demikian dan akan tetap bersama-sama rakyat jika BN tewas dalam pilihan raya itu.
Sehubungan itu, Zambry meminta Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa menyiasat dan meneliti perkara itu kerana Mohammad Nizar sudah membuat tuduhan yang berat terhadap Perdana Menteri."Dia menggambarkan seolah-olah berlaku pertikaman lidah antara Perdana Menteri dengan ketua-ketua dalam angkatan tentera. Ini satu perkara yang serius, kita tidak boleh keluarkan kenyataan seperti ini jika tidak ada faktanya," katanya.

Zambry berkata, Mohammad Nizar tidak berasa bersalah dengan perbuatan seperti itu asalkan beliau dapat memperdayakan masyarakat serta meraih sokongan politik."Dia tidak rasa bersalah asalkan dia boleh memperdayakan orang, saya tidak faham watak dia yang sanggup lakukan apa sahaja. Ia serius apabila anda buat tuduhan BN cuba membuat 'kudeta' jika tidak menang, ini kenyataan yang melampau," katanya. - BERNAMA  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana