Tsunami dilapor Menuju Aceh - MKN Kedah Keluar Arahan.

TERBARU... Arahan telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah yang meminta kesemua penduduk kawasan persisir Pantai d Negeri ini terutamanya di Langkawi dan Kuala Muda bersiap siaga meninggalkan tempat tinggal masing-masing bagi menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia, petang tadi. Setiausaha MKN, Abu Bakar Sudin, berkata pihaknya sudah menerima amaran peringkat pertama Tsunami kira-kira jam 6 petang tadi sebelum mengarahkan agensi berkaitan termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat selain Jabatan Penerangan untuk menghebahkan maklumat berkenaan kepada orang ramai menjauhi pantai. "Kita sudah membuka Bilik Gerakan di Anak Bukit sebagai pusat maklumat dan operasi sekiranya berlaku kemungkinan Tsunami."Ketika ini Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran pertama di negeri utara dan kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan meminta orang ramai khususnya penduduk persisir pantai supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana