Tiga pelajar 'hina' pemimpin negara diberi surat tunjuk sebab

Tiga penuntut Universiti Malaya (UM), yang menyertai demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dua minggu lalu, berhadapan dengan tindakan disiplin di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang bersama dua rakannya lagi, Haziq Abdullah dan Syahid Zaini berkata mereka menerima notis tindakan disiplin hari ini daripada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Hal Ehwal Pendidikan (HEP) UM.Menurut surat yang salinannya diberikan kepada Antarapos, pelajar berkenaan didakwa di bawah Kaedah-Kaedah UM (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 yang ditubuhkan di bawah seksyen 16B AUKU 1971 kerana meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara seolah-olah menggambarkan seseorang itu telah meninggal dunia mengikut kepercayaan agama Hindu.

Pada 14 April lalu, mereka meletakkan kalungan bunga ke atas gambar perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin dalam perhimpunan membantah pemotongan berlebihan PTPTN.Mengikut surat yang ditandatangani oleh pengerusi jaewatankuasa tatatertib, Profesor Datin Hamimah Hassan, tindakan pelajar yang dijalankan di luar kampus itu memudaratkan nama baik universiti.Jika ketiga-tiga mereka didapati bersalah akan dikenakan hukuman di bawah kaedah 48 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM200, dilarang mengambil bahagian dalam universiti, digantung atau pun dipecat dari universiti.

Surat berkenaan dengan salinannya dihantar kepada naib canselor, UM, juga mengarahkan pelajar berkenaan hadir di bilik mesyuarat HEP, Kompleks Perdanasiswa UM pada 3 Mei ini bagi memberikan keterangan bersabit dakwaan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana