SUDAH DIJANGKA MEMANG DITUDUH KERAJAAN DAN BN YANG BUAT....


Dari awal lagi sudah boleh jangka, kisah budak-budak duduk berkhemah di Dataran Merdeka konon untuk mendesak mansuh PTPTN sejak Ahad lalu adalah cubaan untuk bikin riuh ,cetuskan provokasi dan salahkan kerajaan. Awal pagi Khamis, apabila entah dari mana, sekumpulan lelaki yang tidak dikenali, pergi gempur mereka yang diketahui yang penyokong tegar pembangkang, maka mulalah nak main tuduh UMNO dan kerajaan.Di negara ini, hanya pembangkang ada hak boleh buat dakwaan main ikut sedap mulut saja, tanpa ambil kira mungkin kenyataan mereka membangkitkan kemarahan lebih banyak pihak lagi.
Dalam kejadian pada jam 2.40 pagi kira-kira 30 pemuda yang tidak dikenali telah menyerang kawasan khemah berkenaan.Kehadiran budak-budak itu berkhemah di situ main langgar ikut suka hati satu lokasi penting di ibu negara sebelum ini telah mencetuskan rasa fedup di kalangan ramai pihak.

Ramai yang mengesyaki tindak tanduk mereka itu sebahagian usaha untuk ' kipas' bagi menghangatkan suasana menjelang rancangan himpunan Bersih 3.0 pada 28 Apriul ini.Pembangkang dikatakan agak tersentak dan jem apabila pihak berkuasa mengambil sikap yang cool saja terhadap rancangan perhimpuan itu konon untuk mendesak pilihanraya bersih.Mereka dikatakan sangat berharap suasana yang riuh,kecoh dan tegang berlarutan untuk memberi advantage kepada mereka bagi meraih simpati untuk menghadapi PRU13.Untuk tujuan itu mereka akan gunakan apa juga isu ' yang boleh dijual' untuk dijadikan alasan untuk adakan perhimpunan dan demo serta apa yang dapat difikir untuk mencuri perhatian orangramai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana