Shafie Apdal nafi dakwaan beri Zahida Rafik RM1.5 juta ...disebar kerana niat politik

Akhirnya yang ditunggu-tunggu sudah tiba...penafian tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal berhubung dakwaan kononnya beliau ada memberikan wang berjumlah RM1.5 juta kepada aktres Zahida Mohamed Rafik .Shafie yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah membuat penafian itu dalam satu kenyataan ringkas Isnin.Malah menurut Shafie, laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman Azemi pada 13 Mac 2012 di Balai Polis Ampang mengaitkan beliau sebagai orang yang bertanggungjawab melantiknya sebagai pemandu peribadi Zahida sejak 2009 adalah tidak benar."Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman Azemi yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.
Zahida Rafik."Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya Beliau turut menyifatkan penyebaran laporan polis berkenaan oleh pihak-pihak tertentu sebagai tindakan berniat jahat."Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsurpolitik semata-mata," katanya.Isu dakwaan itu meletop dan menjadi bualan ramai bila Ahli parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin membuat sidang akhbar di parlimen meminta Shafie menjelaskan tuduhan-tuduhan tersebut.Blog dan akhbar pro pembangkang kemudiannya menyebarluaskan isu tersebutTambah Shafie, beliau sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya berhubung isu berkenaan."Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.Berdasarkan laporan polis berkenaan, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana