Rakyat Selangor terus beri isyarat positif pada Najib
Kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak pada programnya di Selangor terus mendapat sambutan yang bikin sesak nafas kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.Isnin lebih 15,000 wakil penduduk dari empat kawasan Parlimen - Selayang, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Kapar hadir di perhimpunan bersamanya di Ladang Tennamaram, Bestari Jaya dekat Kuala Selangor.Melihat scenario ini Perdana Menteri dalam ucapannya antara lain berkata Selangor kini di ambang perubahan untuk kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN).Perdana Menteri berkata ini berdasarkan isyarat jelas yang ditunjukkan rakyat negeri itu terutamanya masyarakat India yang menyokong BN."Harapnya ini mencerminkan tambahan sokongan ataupun undi kepada BN," katanya.Najib berkata kerajaan BN telah mempamerkan bahawa ia membela nasib semua kaum termasuk masyarakat India antaranya melalui penambahan 1,000 lagi tempat untuk pelajar-pelajar India menyertai kursus matrikulasi daripada lebih 1,500 tempat sebelum ini.
Kata Najib, “saya amat sedar akanperkara ini, tambah lagi industri perladangan ini saya terpaksa akuikeadaan kebajikan para pekerjanya agak ketinggalan selama iniberbanding sektor-sektor yang lain.”“Saya tak dapat menerima kalaulahsektor ini dalam keadan terbiar, orang lain maju pendapatan bertambah tapi sektor perladangan, pekerja-pekerjanya gaji terlalu rendah,bawah paras kemiskinan dan begitu banyak masalah sosialnya,” tambah beliau.Beliau memberitahu industri kelapasawit merupakan antara penyumbang utama ekonomi negara dengan kawasan pengeluaran seluas 4.9 juta hektar, hasil tuaian 19 juta tan daneksport komoditi itu pada tahun lepas mencecah RM80 bilion.Oleh itu, Najib menjelaskan bahawa padapertengahan tahun lepas beliau telah memberitahu Sime Darby, yangmerupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menaikkan gaji bulanan pekerja ladangnya sebanyak RM200 lagi supaya pendapatanmereka berada di atas garis kemiskinan.“Sime Darby mula-mula agak risaujuga, bimbang juga dengan arahan kerajaan ini, tapi setelah kembalibuat perkiraan kaitkan dengan produktiviti...sejak kenaikan gajidilaksanakan produktiviti meningkat kepada 10.7 peratus berbandingtahun sebelumnya,” kata Perdana Menteri.




Comments