Penduduk kejar siswa didakwa cetus kecoh...Janganlah menghasut Kan Dah kena 'Tumbuk"

Tindakan sekumpulan mahasiswa yang cuba mengganggu rundingan secara aman 34 penduduk flat PKNS, Kampung Kerinchi bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan mengosongkan rumah masing-masing untuk pembangunan kawasan itu menyebabkan sebahagian penduduk marah dan mengejar serta memaki-hamun kumpulan terbabit.
Kejadian berlaku jam 10.30 pagi semalam, selepas sebahagian daripada 433 penduduk yang bersetuju mengosongkan rumah mereka mula berang dipercayai kerana kumpulan terbabit cuba menghasut segelintir penduduk lain supaya tidak berpindah.

Difahamkan, penuntut yang cuba mencetuskan suasana kekecohan itu diketuai pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris, (UPSI) Adam Adli, 22, yang digantung tiga semester selepas menurunkan bendera gambar Presiden Umno di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra, 17 Disember lalu, selain disertai beberapa rakannya.

Selain Adam, turut berada di lokasi itu ialah penuntut Universiti Malaya (UM), Safwan Anang yang sebelum ini mendakwa dipukul polis ketika terbabit demonstrasi haram di hadapan UPSI pada malam Tahun Baru lalu.
 

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, kekecohan bermula apabila kumpulan mahasiswa terbabit berada di tingkat tiga sebuah flat yang akan dirobohkan dan menyebabkan beberapa individu lain marah sambil menjerit mengarahkan mereka turun serta tidak mencampuri urusan pengosongan bangunan itu.

“Pemaju juga komited menanggung kos perpindahan ke rumah transit sebanyak RM5,000 selain memasuki pangsapuri baru sebanyak RM8,000, ia satu tawaran yang berbaloi, jadi apa nak ditunggu lagi,” pemaju turut menyatakan kesediaan mereka membeli semula unit kediaman yang enggan diduduki dengan harga RM143,000 dan membayar deposit untuk bekalan elektrik dan air sepanjang mereka tinggal di rumah transit PPR. Menurutnya, keengganan baki pemilik untuk berpindah dari kawasan itu menyebabkan penduduk yang bersetuju dengan rancangan pembangunan yang dibawa kerajaan terpaksa menunggu lebih lama, malah ada antara mereka sudah meninggal dunia tanpa sempat menduduki rumah baru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana