Pendekatan baru perlu untuk raih semula sokongan pengundi Cina

Semenjak menerajui tampuk pemerintahan negara tiga tahun yang lalu, pelbagai inisiatif dan pembaharuan telah dilakukan oleh kerajaan dalam usaha membela kebajikan rakyat. Daripada skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) hinggalah Klinik 1Malaysia semuanya dilaksanakan agar semua kaum tidak terpinggir daripada menikmati kemakmuran negara.Bagaimanapun, entah mana silapnya, sokongan masyarakat Tionghua kepada BN masih belum boleh disifatkan memberangsangkan.  Walaupun terdapat peningkatan dari segi sokongan masyarakat Tionghua kepada BN dalam beberapa siri pilihan raya kecil, tetapi peningkatan itu tidaklah begitu menyeluruh.Di sebalik kesukaran untuk meraih kembali sokongan masyarakat Tionghua, tidak bermakna segala harapan sudah berkubur buat BN. Jika sokongan masa lalu oleh masyarakat Tionghua kepada BN khususnya pada PRU 1995,1999 dan 2004 dijadikan sebagai penanda aras, tidak ada sebab mengapa ia tidak boleh diulangi.

Penghijrahan sokongan masyarakat Tionghua kepada pembangkang kebelakangan ini bukanlah bermakna mereka menyokong sepenuhnya apa yang dilakukan pembangkang.pada umumnya sokongan masyarakat Tionghua kepada BN masih rendah berbanding dengan kaum Melayu dan India. Pengakuan jujur yang dibuat oleh PM adalah konsisten dengan tinjauan pendapat semasa yang menunjukkan sokongan masyarakat Tionghua berada pada paras 20 hingga 25 peratus dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.Sikap berterus-terang Najib menzahirkan kepekaan beliau bahawa cabaran untuk mengembalikan sokongan pengundi Cina adalah dua kali jauh lebih sukar dan memerlukan usaha yang istimewa berbanding dengan kaum Melayu dan India.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana