Pelajar Tuntut Pemansuhan PTPTN Diperalat Pembangkang - Mohd Ali

MELAKA, 17 April -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan segelintir pelajar yang mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) diperalat parti pembangkang.

Beliau berkata isu tersebut sengaja dipolitikkan pembangkang kerana mereka telah ketandusan idea dalam meraih sokongan terutama generasi muda.Katanya pemansuhan pinjaman PTPTN akan memberi kesan negatif yang besar terhadap rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi."Penghapusan PTPTN akan memberi kesan bukan sahaja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke syarikat Composite Technology Research Malaysia (CTRM) Sdn Bhd di sini, Selasa.

Mohd Ali diminta mengulas mengenai tindakan kira-kira 50 mahasiswa yang berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana