PEKIDA lancar perang pada Bersih 3.0

Pekida Bandar Tun Razak hari ini melancarkan 'perang' ke atas himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.Pengerusinya, Datuk Ahmad Bastari Muslim memberi amaran bahawa ahli PEKIDA akan turun menentang perhimpunan itu.

"Sarang tebuan jangan dijolok, Harimau yang tidur jangan dikejut kami akan berperang habis- habisan," ujarnya."Kami isytihar perang terhadap mereka itu keputusan muktamad kami semua, biarlah kami masuk lokap sekali pun, jangan kita bercakap tetapi kita tidak buat, sekarang kita nak buktikan apa yang kita cakap kita akan buat," tegasnya."Awas, saya nak beritahu kepada pengikut Datuk S.Ambiga dan sebagainya supaya jangan bermain api dengan kami, masuk lokap tidak mengapa demi mempertahankan negara bangsa agama dan Islam, kita akan tunjuk siapa kita,"
Ditanya berapa jumlah ahli Pekida yang akan hadir, beliau tidak menjelaskan berapa ahli Pekida yang hadir."Kita kena tengok dan saksikan sama-sama, kalau mereka turun kita akan perang dengan mereka," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana