Occupy Dataran: Kita faham sangat ‘game’ ini…

Ramai betul MP-MP pembangkang pergi jumpa depa, tengok budak Adam Adli boleh tongkat siku atas bahu MP Padang Terap, Nasir Zakaria, macam kawan baik betul,” katanya tunjuk sekeping gambar yang turut nampak MP Lembah pantai Nurul Izzah berdiri di sebelah Nasir.Ada gambar seorang perempuan rambut botak, tak tahu siapa, turut serta dalam demo itu, sambil relax dengan rokok ditangan.
Ada juga gambar Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil bercakap-cakap dengan peserta demo.“Cantik juga budak-budak perempuan yang dia dok bagi penerangan tu, patutlah PAS hendak hantar Unit Amal kawal peserta bimbang diserang,”“Protes-protes ini semua akal Anwar Ibrahim, sejak dari muda sampai ke tua, itulah kerja yang dia paling cekap sekali, buat orang marah dan protes,” ada keupayaan untuk ‘panaskan hati’ orang muda terutamanya yang ‘mentah’ dan belum faham simpang siur politik.
“Anwar mainkan perasaan mereka, itu kerja Anwar, dia tahu mana suis nak tekan bagi orang marah, bangkitkan isu minyak dan kos hidup misalnya, lepas kerajaan buat penjelasan, isu itu senyap dengan sendorinya, Anwar cari pulak isu lain.“Anwar pemimpin yang hidup atas isu, bukan rekod perkhidmatan, 16 tahun dalam kerajaan, cuba senaraikan apa dasar atau program besar yang Anwar tinggalkan?“Tidak ada sebab Anwar masa dalam kerajaan, bergerak atas pemikiran dan arahan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir.“Dia jadi tukang kempen kepada dasar-dasar Dr Mahathir saja sebenarnya, dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, banyak lagi, adalah dasar Dr Mahathir yang Anwar jadi ‘duta’.“Dia pandai jual barang, Dr Mahathir guna Anwar untuk jual barang…”“Ini Anwar mesti suka ni, tambah-tambah lagi kalau budak-budak tu burukkan kerajaan,, dan kata hanya dia juru penyelamat negara… macam selalu yang media asing mainkan…”Anwar dan rombongannya melawat tapak perkhemahan tersebut dengan pakai topi Bersih 3.0, dia berucap mengatakan sokongan kepada protes tersebut.Tapi tidak lama, katanya beberapa minit saja, mungkin sebab tidak ramai, malu kalau orang perasan.
Anwar oh Anwar, tak habis-habis kau ni…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana