Musim Main Wayang Sudah Tamat Bagi Pakatan Rakyat....Inilah Masanya Rakyat Mengubah Kepada Kerajaan BN

Ini belum ditokok dengan hakikat bahawa kemungkinan seseorang penyimpan rahsia kini lebih mudah bertukar arah dan kesetiaan kerana bujukan kuasa, wang dan nafsu. Apapun hakikatnya ialah, seseorang pemimpin itu jika ingin berjaya mesti sentiasa berperawakan bersih.
Dalam kes Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan pada 1 Julai 1997 misalnya, kini berselerak maklumat perihal siapa yang meluluskan skim itu. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, ketika itu ialah Pemangku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Beliaulah orangnya. Pendedahan ini adalah satu lagi siri pembohongan Anwar dan Pakatan Rakyatnya. Jika beliau benar telus dan matang pemikiran politiknya, mengapa isu mahu melupuskan skim PTPTN ini tidak dimasukkan dalam agenda Buku Jingga? Ini politik tangkap muat.
Serentak itu, komplot PKR, DAP dan PAS yang menamakan diri mereka Pakatan Rakyat, juga jelas cuba meremehkan hak politik kaum minoriti. Setelah empat tahun memerintah di empat negeri selepas pilihanraya umum ke-12, Pakatan masih belum menunaikan janji kepada minoriti keturunan India.

Adalah menarik diperhatikan sama ada Anwar dan pemimpin-pemimpin utama Pakatan bersedia memenuhi undangan Hindraf Ahad, 22 April ini bagi menjelaskan mengapa mereka masih gagal mengkotakan janji mereka untuk rakyat keturunan India.inilah Masanya rakyat tahu bertapa teruk nya pertadbiran pakatan rakyat pelbagai dahyah dan janji janji manis untuk mereka selama ini sehingga rakyat terpesona dan terpikat sehingga janji tinggal janji.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana