Maut terkena renjatan elektrik

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha menurunkan mayat Gilbert Santos Alani yang terkena renjatan elektrik di Tamu Apin-Apin, Keningau.

KENINGAU 13 April - Hasrat bapa kepada tiga anak untuk berhijrah ke Afrika tidak kesampaian apabila dia menemui ajal sewaktu bertugas menyelenggara sambungan lampu jalan di Tamu Apin-Apin di sini hari ini.
Gilbert Santos Alani, 39, dari Kampung Biah Tengah di sini dan bekerja sebagai juruteknik pendawaian swasta, maut terkena renjatan tenaga elektrik ketika menjalankan kerja-kerja itu pada pukul 11 pagi ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya berkata, mayat mangsa ditemui tergantung di atas kabel elektrik di tepi jalan dalam keadaan terkulai.Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 11.16 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama lapan anggota dan sebuah kenderaan utiliti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana