Majlis Belia anggap mahasiswa berdemo sebagai bangsat

Jawatankuasa Khas IPTA dan IPTS Majlis Belia Malaysia (MBM) memandang serius dan mengutuk keras kebiadapan sekelompok mahasiswa yang mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka, ibu negara. lebih kesal lagi apabila mahasiswa Islam yang terbabit meletakkan kalungan bunga seperti amalan keagamaan lain. tindakan mereka meletakkan simbol kematian pada potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaleed Nordin sebagai mendesak pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai keterlaluan.
"Mereka ini adalah individu parasit yang cukup bangsat dengan menyalahgunakan konsep demokrasi yang diberikan mereka serta menjejaskan keharmonian dan nama baik keseluruhan mahasiswa di negara ini.

"Ini merupakan musibah besar propaganda dan hasutan yang telah dicanai dengan baik oleh parti pembangkang kepada mereka semata-mata laparkan kuasa untuk memerintah negara pada pilihan raya ke 13 yang makin hampir,""Penglibatan mereka ini merupakan individu yang sama seperti yang berlaku di dalam semua demontrasi pelajar kebelakangan ini."Ia akan mengubah persepsi pengundi untuk memberikan sokongan penuh kepada kerajaan kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu mempertahankan negara dan menjaga kesejahteraan rakyat," 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana