Laungan 1Malaysia sambut Najib di kampung Cina Jawi


NIBONG TEBAL: Laungan 1Malaysia di Perkampungan Cina Jawi menyambut kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dengan lebih 3,000 penduduk Cina dan India berhimpun.Kedatangan Perdana Menteri membawa erti besar kepada penduduk Perkampungan Jawi ini kerana kampung kecil dengan kira-kira 3,000 penduduk telah didiami tiga generasi yang 90 peratus daripadanya adalah kaum Cina.Najib, yang tiba pada pukul 11 pagi, turut menikmati secawan kopi di kedai See Huang yang beroperasi kira-kira 50 tahun dan diuruskan oleh Poh Chai Boon, 57, dan Paw Wee Keat, 40, iaitu generasi ketiga."Saya amat gembira kerana Perdana Menteri sudi singgah di kedai kopi ini. Kehadiran beliau amat bermakna dan bertuah bagi kami kerana tak pernah ada pemimpin tertinggi datang. Ramai jiran saya kata akan membeli nombor ekor dengan alamat kedai saya yang bernombor 2189," kata Poh kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini. Inilah satu satu kehebatan Dato Seri Najib membuat rakyat malaysia tertarik dengan sikap beliau yang tunjukkan kepada rakyat yang betul betul memahaminya dengan mendalam.Tahniah BN semoga kepercayaan rakyat kembali kepada kerajaan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana