Lagi Pemuda mati ditembak dalam kereta di Kelantan...

PASIR MAS: Seorang pemuda mati manakala rakannya cedera di tangan apabila seorang penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta yang mereka naiki di Rantau Panjang dekat sini, hari ini.

Ketika kejadian pada 11.15 pagi itu, Mohamad Nazuri Mohd Zain, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Lemal, di sini menaiki kereta yang dipandu rakannya. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan, ditembak penunggang motosikal berkenaan semasa kereta itu melalui Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Rantau Panjang.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul