Ku Li Dan Gelombang Merah


Ku Li sebagai MB pelengkap misi Gelombang Merah...... Bagi sesetengah pemerhati politik, kelibat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dalam dunia politik nasional mungkin dilihat telah berakhir namun tiada siapa yang dapat menafikan pengaruh pemimpin berdarah raja itu masih memainkan peranan penting dalam arena politik tempatan negeri Kelantan.Menyedari pengaruh Ku Li masih berbekas di kalangan rakyat Kelantan dan kekuatan peribadinya masih berupaya menggugat kekuasaan Pas telah membawa kepada usul untuk membina hubungan mesra antara Pas negeri dengan Ku Li khususnya melalui perkongsian pandangan dalam isu royalti minyak.Sejak itu ramai pemimpin Pas seboleh mungkin cuba mengelakkan diri daripada mengkritik atau menghentam secara terbuka keperibadian Ku Li dengan harapan langkah sedemikian mampu mempengaruhi penyokong-penyokong Ku Li untuk mendekati Pas sekaligus membantutkan percubaan UMNO untuk menawan kembali Kelantan.Pilihanraya kecil DUN Galas tahun 2010 merupakan titik tolak penting dalam sejarah politik Kelantan khasnya UMNO apabila buat pertama kalinya semua warlords UMNO negeri telah mengetepikan kepentingan masing-masing dan bersatu hati di atas semangat Gelombang Merah untuk menumbangkan penguasaan PAS.PAS yang pada mulanya begitu yakin strategik mengumpan Ku Li berkongsi pentas dalam isu royalti minyak sebelum itu akan menyebabkan UMNO mengetepikan peranan Ku Li dalam pilihanraya kecil DUN Galas bagaimanapun terpaksa berputih mata apabila perkara sebaliknya berlaku dan calon BN berjaya menawan kembali DUN tersebut dengan undi dan majoriti kemenangan yang lebih besar.Suka atau tidak, PRK Galas menjadi saksi penting betapa pengaruh Ku Li masih berbisa dan keberkesanan peranannya dalam mengendalikan jentera pilihanraya nyata berjaya menyatukan semua kekuatan warlords UMNO Kelantan yang sebelum ini kerap kali saling cah keting sesama sendiri.Mungkin mengambil teladan dari situ telah membawa kepada desas desus yang menyebut kemungkinan Ku Li diangkat sebagai calon MB mewakili BN pada pilihanraya umum akan datang yang jika benar menjadi kenyataan ianya adalah pelengkap untuk misi UMNO menawan kembali Kelantan dari PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana