Kenapa Bersih 3.0 pilih Dataran Merdeka....


Rasanya tak perlu nak berteka teki  lagi….saja nak buat riuh.. saja nak buat gamat untuk tarik perhatian orang ramai kepada mereka. Itulah nampaknya akal puak-puak pembangkang apabila umum hendak buat perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka 28 April ini.
Pemilihan tempat bersejarah itu sudah mengambarkan nawaitu mereka untuk cetus provokasi. Kata orang sudah tahu tidak boleh di situ tetapi nak juga.Jadi faham-fahamlah apa jadinya nanti apabila permintaan ditolak, mereka akan buat riuh lagi, tuduh itu ini dan bangkitkan kemarahan juga keghairahan penyokong mereka untuk ‘beraksi’.
Yang peliknya, kenapa tidak buat di Stadium Shah Alam... Mudah parking, mudah orang hendak pergi, mudah pihak berkuasa kawal lalu lintas...Lagipun kerajaan Selangor yang memerintah kini adalah kerajaan pembangkang, jadi secara simboliknya, buatlah di Selangor, duduklah, bantahlah, dari pagi sampai malam pun tak apa, kalau larat…Kenapa mesti pilih di pusat bandar yang sibuk, yang jika diadakan bakal menyusahkan semua pihak...Orang yang waras, peniaga, rakyat yang tidak berkepentingan sila buka mata luas-luas tengok macam mana pembangkang menyusahkan mereka.
Pembangkang bukan hendak mencari penyelesaian kepada masalah, tetapi sengaja mahu burukkan negara, burukkan imej Malaysia yang dari segi jangka panjangnya merugikan kita semua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana