Isa Akan Bawa Kes Ke Mahkamah Jika Dipecat Sebagai Ahli PKR

Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi berkata beliau akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya dipecat sebagai ahli parti.
“Setakat ini saya terima pemecatan sebagai Ketua Penerangan Cabang Ampang. Itu hak beliau (Zuraida Kamaruddin) sebagai Ketua Cabang Ampang.“Saya kesal dengan Zuraida, kenapa perlu sentuh isu peribadi, sedangkan saya dan ahli Cabang Ampang yang lain mahukan penjelasan mengenai pemilikan saham oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,”  Isa berkata beliau menerima surat pemecatannya yang diletakkan dalam peti surat di rumahnya pada pukul 3 petang Khamis.
“Saya tidak terkejut masa terima dan baca surat pemecatan saya, cuma saya kecewa inikah cara mereka (PKR) berikan penjelasan kepada ahli dalam isu penting.
“Dalam surat itu mengatakan saya dipecat kerana kenyataan suruh Azmin keluar parti. Saya dipecat berkuat kuasa serta-merta.“Lagipun sejak setahun yang lalu, hampir 60 peratus ahli Cabang Ampang dipecat oleh Zuraida kerana dia tidak suka atau ada masalah dengan mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana