Hasan Ali tayang klip video individu memurtadkan orang Islam


PETALING JAYA: Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini dengan menayangkan video selama 16 minit kepada media membabitkan pengakuan dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia. Beliau berkata, menerusi gerakan Unit Selamatkan Akidah (USA) pengakuan secara sukarela dua individu terbabit berjaya dirakam dan dipaparkan menerusi versi video di kediamannya, sebentar tadi. "Video pengakuan dua individu terbabit dirakam dalam tiga versi iaitu 16 minit, 42 minit dan versi yang tidak disunting itu satu jam 30 minit," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini. Susulan tayangan video terbabit, pihak media dilarang merakam visual, audio dan imej yang disiarkan bagi menjamin keasliannya serta menghormati hak individu terbabit.Berdasarkan pemerhatian Berita Harian Online, video yang dihoskan Dr Hasan sendiri menampilkan dua lelaki, masing-masing berusia 27 tahun dan lingkungan 40-an, menceritakan pengalamannya apabila dikristiankan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana