Gobala : Jika Azmin enggan bersihkan imej, lebih baik keluar parti

"Jika mereka betul-betul mahu berjuang di atas landasan yang betul, Azmin seharusnya memberi penjelasan tentang tuduhan yang diterimanya dan melaksanakan tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan tuduhan terhadap beliau dan isterinya,"Azmin semalam ketika ditemui media enggan mengulas mengenai gesaan beberapa ahli PKR dari cabang Ampang yang mahukan beliau menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Azmin.

Mereka pada satu sidang media kelmarin memaklumkan mahu meninggalkan parti beramai-ramai jika Azmin enggan menyangkal setiap dakwaan terhadap dirinya.“Kami yakin Azmin tidak akan membisu dan berdiam diri jika tidak bersalah.Azmin perlu tampil menjawab segala tuduhan jijik yang dilemparkan secara berani dan ikhlas sekali gus mengambil tindakan undang- undang terhadap mereka yang membuat tuduhan itu demi meyakinkan ahli dan rakyat," ujar Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saidi yang dipecat serta-merta semalam.

Menurut Mohd Isa, pemecatan beliau ekoran desakannya supaya timbalan presiden parti itu berundur.
Azmin sebelum ini dicabar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali supaya membuat penjelasan terhadap lima perkara.sumber kewangan ahli parlimen Gombak itu serta isterinya Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara 1992 hingga 1994.
 
Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal 1990-an adalah tidak benar.Mengulas lanjut, Gobala berkata, sikap Azmin itu tidak ubah seperti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus berdiam diri terhadap tuduhan yang dikaitkan dengan dirinya.Malah ujar Gobala, selain pemimpinnya dibelit kontroversi, perjuangan PKR juga tidak ikhlas. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana