FUYOOOO.....Ratusan akhbar Harakah dikoyak Presint 8 Putrajaya...Meluat dan Loya

Ratusan naskhah akhbar Harakah dikoyakkan hari ini oleh penduduk Presint 8 Putrajaya sebagai bantahan ke atas pengedaran akhbar tersebut di kawasan mereka.
 
Pengerusi Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar Presint 8, Haji Roslan Abu Hanif, berkata akhbar tersebut diedarkan secara senyap ke kediaman penduduk sejak dua minggu lalu.
Katanya, jawatankuasa penduduk sudah mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab mengedarkan lidah rasmi pembangkang itu dan berharap mereka dapat menghentikannya dengan serta- merta.
“Kami sudah mengenal pasti siapa yang edarkannya dan harap mereka tidak lakukan lagi di tempat kami sebab kami rasa semuanya sudah cukup dengan kerajaan hari ini. 

Tiada masalah setempat dan kerajaan Barisan Nasional sentiasa memberikan manfaat kepada kami penduduk Putrajaya,” kata Roslan.“Apa yang telah diberikan kerajaan sekarang ini adalah terbaik, jika masih ada yang tidak bersyukur lagi saya tak tahu nak kata apa,”tambah beliau.Menurutnya, beliau pelik mengapa akhbar tersebut diedarkan di Putrajaya memandangkan terbitan akhbar tersebut hanyalah untuk diedarkan kepada ahli PAS sahaja.“Harakah ini adalah untuk ahli sahaja, jadi berilah pada ahli PAS, kenapa beri pada orang yang tiada kena-mengena.“Untuk pengetahuan, akhbar yang saya terima itu saya jual buat bahan kitar semula,” katanya lagi.

Selain itu, Roslan turut menggesa pemimpin-pemimpin Umno supaya bertindak lebih agresif di dalam berhadapan dakyah pembangkang.“Saya berharap agar pemimpin-pemimpin Umno juga akan berani masuk ke kubu mereka (pembangkang). Jika mereka berani masuk kubu kita, kita juga mesti berani masuk ke lubuk mereka.“Kita jangan hanya bertolak ansur, kita mesti menyahut cabaran dia. Kita tidak boleh lagi give and take,” katanya.Hampir 30 orang penduduk menyertai bantahan tersebut yang diadakan di Medan Selera Presint 8.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana