Datuk Seri Najib Razak ditemubual dua penyampai radio ketika membuat lawatan ke Stesen Radio THR Raaga

Najib harap masyarakat India terus maju......
Datuk Seri Najib Razak hari ini berharap untuk melihat status dan kebajikan masyarakat India di negara ini terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Perdana Menteri berkata, beliau juga mahu melihat masyarakat India disepadukan sepenuhnya dalam arus perdana pembangunan ekonomi negara. "Saya berharap dalam tempoh lima tahun (akan datang), kita akan melihat peningkatan di kalangan kaum India," katanya semasa ditemu bual deejay, Aanantha dan Uthaya dalam 'Breakfast Show' mereka yang dinamakan "Kalakal Kaalai", melalui radio THR Raaga.

Najib berkata: "Seperti yang anda tahu, sasaran kita ialah bagi menggandakan tahap pendapatan menjelang 20202, pada asasnya kira-kira AS$15,000 perkapita.

"Kami menyasarkan yang lebih baik dan lebih baik, dan kami akan tunaikan apa yang telah kami dijanjikan." - BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana