DAP angkuh, Melayu Di Zon Selesa...

Sejak akhir-akhir ini kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat sokongan daripada pelbagai pihak tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan peringkat umur.Bagi mengekang sokongan berterusan terhadap Najib, kenyataan kepimpinan DAP dengan angkuhnya mendakwa mereka juga mendapat sokongan masyarakat di seluruh negara sejak mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum lalu.Setiausaha MCA Perak, Datuk Tan Chin Meng berkata, DAP seolah-olah yakin mereka akan menang semua kawasan yang bakal ditandingi termasuk kawasan yang tidak dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Bagi pengikut dan penyokong DAP dan Pakatan pembangkang dari masyarakat Melayu/ Islam, mereka seolah-olah khayal dengan janji-janji manis serta kemewahan sementara yang ditaburkan oleh DAP. Bagi DAP pula, mereka merasakan orang Melayu senang dibeli dengan wang ringgit. Dengan wang ringgit maruah bangsa dan agama akan digadai oleh mereka sendiri. Kelemahan Melayu dengan wang ringgit.Kelemahan orang Melayu dalam tangan DAP dan demi mendapatkan sokongan orang Melayu, mereka akan memberikan apa sahaja yang dipinta asalkan dapat menguasai ekonomi dan juga kuasa yang mampu merubah keseluruhan pentadbiran negara.

Orang Melayu seperti ini masih berada di zon selesa dan menyangka status quo mereka akan selama-lamanya di negara ini. Justeru itu, permainan politik DAP menampakkan keyakinan memenangi semua kerusi di bandar-bandar besar kerana apa yang diperlukan hanya kuasa setelah mereka berjaya mengusai ekonomi negara.Dan berdasarkan keyakinan ini, DAP ghairah fokus untuk menawan semua kerusi dengan bantuan orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana