Cerita Sebenarnya Kejadian FLAT 4 Tingkat Kerinchi Semalam.....

Persoalan kenapa Nurul Izzah, MP terpower dalam cerekawala membawa orang luar menceroboh masuk Flat 4 Tingkat semalam terjawab juga akhirnya pada jam 230 petang tadi.

                    Gambar: Hadirin yang datang untuk mengambil kunci PPR mereka

Sehari selepas “pertempuran berdarah” di perkarangan Flat 4 Tingkat Kerinchi, mereka yang dikatakan tidak bersetuju pindah telah menyerah balik surat dan mengambil kunci PPR masing-masing. Wartawan BLP yang turut diundang oleh penduduk setempat melihat sendiri bagaimana 24 dari 34 penduduk yang tertipu oleh Nurul Izzah datang untuk mengambil kunci masing-masing. Selebihnya sudah menandakan persetujuan tetapi tidak berkesempatan untuk hadir bersama disebabkan hal masing-masing pada waktu tersebut. Pihak BLP akan memberi pengemaskinian jumlah dari masa ke semasa.

Apapun, dari raut wajah mereka yang hadir petang tadi, wartawan BLP melihat dengan sendiri kesedihan mereka kerana terperangkap dalam permainan politik Nurul Izzah. Bukan sahaja mereka dipulau oleh rakan-rakan rapat, tertindas, tinggal dalam kedaifan selama dua tahun, mereka juga kerugian ratusan ribu ringgit dan pelbagai kemudahan yang lain. Semua akibat janji-janji yang ditabur dan tidak ditunaikan oleh Nurul Izzah.

Kami mendengar keluhan sesetengah dari mereka yang hadir petang tadi, akan bagaimana Nurul Izzah telah menjanjikan bulan dan bintang namun tidak dapat menunaikan satu pun janji kepada mereka. Mereka menanamkan rasa kesal kerana termakan helah dan sandiwara politik Nurul Izzah. Wartawan BLP juga sebak melihat kelibat Hj Hashim Selit yang sebelum ini begitu lantang hadir untuk mengambil kunci PPR beliau. Wajah Hj Hashim menunjukkan seribu makna.

Gambar: Haji Hashim meluahkan perasaan

LAGI GAMBAR DAN CERITA DISINI....SETERUSNYA SINI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana