Bom Di Thailand-Pintu sempadan sesak ribuan pulang

Pintu sempadan Malaysia-Thailand di sini, sesak sejak awal pagi semalam apabila ribuan rakyat Malaysia termasuk warga asing yang berada di negara jiran itu bergegas pulang ke tanah air berikutan insiden letupan bom di sebuah pasar raya di Hatyai, petang kelmarin.

Difahamkan, sebaik pintu sempadan dibuka jam 7 pagi, orang ramai terutama warga tempatan termasuk pelancong asing dilaporkan sudah sedia menunggu dan beratur panjang untuk masuk ke negara ini menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin.Jumlah pelancong Malaysia termasuk rombongan beberapa agensi kerajaan ke Thailand menerusi pintu sempadan di sini, dilaporkan meningkat sejak petang Jumaat lalu, berikutan cuti hujung minggu. Dianggarkan 900 hingga 1,000 orang keluar ke Thailand menerusi sempadan di sini setiap hari dan jumlah itu meningkat sehingga 1,500 orang setiap hujung minggu dengan 80 peratus daripadanya membabitkan rakyat Malaysia. Pintu sempadan di sini, menjadi pilihan utama rakyat tempatan untuk melancong ke Hatyai menerusi jalan darat berbanding Padang Besar dekat Perlis kerana kemudahan lebuh raya. Dari Bukit Kayu Hitam ke Pekan Hatyai, Thailand hanya kira-kira 40 kilometer.

Sementara itu, kebanyakan pelancong tempatan yang ditemui mendakwa mereka terpaksa mengambil keputusan pulang lebih awal ke tanah air kerana berasa tidak selamat jika terus berada di negara itu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana