Bersih Usaha Tanam Rasa Sangsi Rakyat ......

Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), terutamanya gabungan pembangkang perlu menjawab satu persoalan penting, apakah kemenangan mereka di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan berjaya mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) tidak cukup bersih daripada segala penipuan atau manipulasi undi?

Atau mungkin kejayaan mereka hampir menguasai Negeri Sembilan dan menang besar bagi kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga masih belum cukup membuktikan bahawa perjalanan pilihan raya di negara ini sememangnya sudah cukup bersih dan juga menjadi petunjuk bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas daripada segala pengaruh politik?
Bagi menjawab segala pertanyaan tersebut, Bersih mah pun pembangkang tidak perlu berolak dalih. Melancarkan Bersih 3.0 pada 28 April ini hanyalah satu helah untuk terus menanamkan rasa sangsi dan wasangka rakyat terhadap perjalanan pilihan raya di negara ini setelah apa yang mereka suarakan dan menjadi tuntutan pada Bersih 2.0 lalu dipenuhi.

Tetapi apabila mereka terus mendesak dan mengemukakan pelbagai tuntutan lain, menimbulkan banyak persoalan. Sejauh mana keikhlasan mereka dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan tersebut dan mempergunakan rakyat untuk memenuhi kepentingan mereka?Hakikatnya, apa yang menjadi tuntutan mereka bukanlah lahir daripada suara hati majoriti rakyat negara ini. Buktinya sewaktu Bersih 2.0 lalu, beratus laporan polis dibuat oleh pertubuhan dan orang perseorangan yang menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan bagi menghalang perhimpunan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana