BEKAS PENJAGA GOAL KEBANGSAAN MENYERTAI UMNO SABAH


KOTA KINABALU: Bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Azman Mohamed hari ini menyerahkan borang menyertai Umno menerusi cawangan Penampang.Borang keanggotaan penjaga gawang skuad bola sepak Sabah itu diserahkan kepada Setiausaha Eksekutif Badan Perhubungan Umno negeri, Senator Datuk Kadzim Yahya di Bangunan Umno di sini.Khairul berkata, beliau memilih untuk mengikut jejak langkah arwah ayahnya Datuk Dr Mohamed Taib yang merupakan Anggota Parlimen Kuantan yang pertamasekitar lewat tahun 60-an, bagi meneruskan perjuangan dalam Umno."Saya sebenarnya sudah lama mahu menyertai Umno tetapi masa tidak mengizinkan kerana saya begitu aktif dalam sukan bola sepak. Hanya apabila saya 'pencen' barulah saya mengambil keputusan untuk menyertai Umno," katanya selepas majlis penyerahan borang keanggotaan itu.Sementara itu, Kadzim berkata, kemasukan bekas bintang bola sepak kebangsaan itu menunjukkan bahawa Umno kini diterima oleh semua pihak termasuk ahli sukan dan berharap lebih ramai lagi ahli sukan negeri menyertai Umno.Beliau berkata, setakat 31 Disember lepas, Umno Sabah mempunyai 496,500 anggota, sekali gus menunjukkan Umno kini semakin kukuh di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana