Azmin Enggan Layan Tuntutan PKR Ampang -Kemungkinan Keluar Parti Tengoklah kalau tak percaya....

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali enggan melayan tuntutan PKR Cabang Ampang yang mencabar beliau menjelaskan mengenai pemilikan saham bernilai jutaan ringgit.Azmin berkata tidak ada sebab kukuh untuknya mengungkit kembali isu yang timbul sejak 20 tahun lalu selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tidak ada bukti yang dapat mengaitkannya dengan dakwaan itu."Saya dah terangkan panjang lebar, tiada lagi yang perlu diulas. Hanya yang buta dan tuli sahaja percaya fitnah saya ada saham sebegitu banyak,"katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.
Pada Rabu, Ketua Penerangan PKR Ampang Mohd Isa Saidi mengugut untuk keluar parti jika Ahli Parlimen Gombak itu gagal menjelaskan kepada ahli parti mengenai dakwaan beliau dan isterinya memiliki saham sewaktu menjadi pegawai kerajaan pada tahun 1992.Katanya, penjelasan itu perlu bagi mengelakkan kepercayaan ahli dan penyokong PKR tidak terjejas.Beliau juga mendesak Azmin supaya meninggalkan PKR jika masih enggan membuka mulut mengenai isu tersebut.Mac lalu, Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Azmin serta isteri termasuk iparnya membeli saham yang nilainya mencecah RM2 juta, sedangkan ketika itu (antara tahun 1990-1994) difahamkan beliau hanya menerima pendapatan kira-kira RM2,000 saja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana