ANWAR SUDAH TERGUGAT DENGAN NALLAKARUPAN SERAH PITA RAKAMAN SIAPA TU?
Presiden Parti India Malaysia (MUIP), Senator Datuk S Nallakaruppan, hari ini
menyerahkan satu pita video kepada peguamnya yang beliau dakwa mengandungi bukti
dalam saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyerahkan pita itu kepada Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira 2 petang.
Beliau menyerahkan pita itu kepada Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira 2 petang.
"Saya sudah bagi pita video itu kepada peguam saya sebagai bukti dalam kes
saman ini. Apa jua bukti yang saya ada, saya sudah beri pada peguam saya. Saya
mahu mereka tayangkan video itu di mahkamah. Biar mahkamah yang putuskan,"
katanya.
Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan kandungan
pita video itu."Saya akan berpegang teguh kepada fakta saya, saya tidak
akan melarikan diri. Saya sudahpun memberi bukti kepada peguam saya. Saya kini
menunggu untuk memberitahu perkara sebenar kepada mahkamah," katanya.Beliau juga mahu kes itu didengar secepat mungkin di mahkamah.Pada 26 Mac, Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap
Nallakaruppan berhubung perkataan-perkataan yang mencemarkan nama baiknya
melalui kenyataan yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia pada 20
Mac.
Beliau turut menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan akhbar berkenaan, Datuk Abdul Aziz Ishak, sebagai defendan ketiga.
Anwar mendakwa perkataan-perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. - BERNAMA

Comments